sumpah hippocrates (1)
Kerana haiwan ini, banyak khilaf yang timbul. Ada yang panggilnya sesumpah, mengkarung, cicak koben, pokka, cicak besar, jewok dan tokke. Walaubagaimanapun, saya cuba khuruj minal khilaf atau cuba elak dari khilaf ini dengan memanggilnya pokke. Saya pun tidak tahu mana istilah yang paling sesuai. Semuanya bergantung kepada kawasan setempat kita. Pokke adalah panggilan bagi haiwan ini di sesetengah tempat di kawasan utara. Al-'adatu muhakkamah (kaedah usulul-fiqh).
"Apa sumpah-sumpah ni? Tak baik main sumpah-sumpah tau. Nanti dimakan sumpah tu balik baru tau."
"Kesian sesumpah. Dia tak pernah sumpah sesiapa pun, tapi diberi nama sesumpah. Manusia yang selalu menyumpah pun tetap dipanggil manusia."
"Aku bersumpah bahawa aku diliwat oleh si _ _ _ _ _."
Hmmm.... Itulah antara respon dan ragam yang ada berkaitan sumpah. Tentu ada yang pening dan hairan seperti Berita Hairan yang menjadi bacaan harian segelintir manusia. Ada apa dengan sumpah? Apa hubungan antara hippocrates dengan sesumpah? Entahlah, mungkin tiada hubungan.
Apa yang ingin saya bawa kepada para pembaca pada kali ini ialah berkaitan hipokrit. Walaubagaimanapun, saya akan cerita sedikit tentang sumpah hippocrates. Ia adalah satu sumpah yang diikrarkan oleh para pengamal perubatan. Tetapi tidak semua. Orang Islam tidak boleh melafazkannya kerana sumpah itu ada menyebut nama tuhan orang yunani seperti Apollo. Istilah ini terkenal dalam kalangan pelajar perubatan. Tetapi, bagi pengamal perubatan Islam, ada juga sumpahnya atau lebih tepatnya ikrar etika pengamal perubatan Islam.
Cuba perhatikan ikrar-ikrar ini;
Hippocratic Oath
"I swear by Apollo, the healer, Asclepius, Hygieia, and Panacea, and I take to witness all the gods, all the goddesses, to keep according to my ability and my judgment, the following Oath and agreement:
To consider dear to me, as my parents, him who taught me this art; to live in common with him and, if necessary, to share my goods with him; To look upon his children as my own brothers, to teach them this art.
I will prescribe regimens for the good of my patients according to my ability and my judgment and never do harm to anyone.
I will not give a lethal drug to anyone if I am asked, nor will I advise such a plan; and similarly I will not give a woman a pessary to cause an abortion.
But I will preserve the purity of my life and my arts.
I will not cut for stone, even for patients in whom the disease is manifest; I will leave this operation to be performed by practitioners, specialists in this art.
In every house where I come I will enter only for the good of my patients, keeping myself far from all intentional ill-doing and all seduction and especially from the pleasures of love with women or with men, be they free or slaves.
All that may come to my knowledge in the exercise of my profession or in daily commerce with men, which ought not to be spread abroad, I will keep secret and will never reveal.
If I keep this oath faithfully, may I enjoy my life and practice my art, respected by all men and in all times; but if I swerve from it or violate it, may the reverse be my lot."
Ikrar pengamal perubatan Islam
"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani
Saya bersumpah demi Allah ... Yang Agung
Bahawa saya akan mengingati Allah di dalam menjalankan tugas saya
Bahawa saya akan melindungi nyawa manusia disemua peringkat dan di dalam semua keadaan, melakukan dengan seberapa daya saya untuk menyelamatkannya dari maut, penyakit, kesakitan dan kegelisahan ..
Bahawa saya akan menjaga kehormatan semua orang, melindungi perkara-perkara peribadi dan mengunci rahsia mereka ..
Bahawa saya akan sepanjang masa memperhambakan diri kepada belas kasihan Allah, memberikan khidmat perubatan saya kepada yang dekat dan yang jauh, yang baik dan yang berdosa serta kawan dan lawan .. Bahawa saya akan berusaha di dalam mengejar pengetahuan dan menggunakannya untuk manafaat dan bukan untuk merosakkan manusia ..
Bahawa saya akan menghormati guru saya, mengajar doktor dibawah saya dan menjadi saudara kepada pengamal perubatan lain dan bekerjasama di dalam semangat ketaqwaan dan kebajikan ..
Bahawa saya akan menghidupkan keimanan saya semasa berseorangan atau dikhalayak ramai, mengelakkan perkara yang boleh mencemarkan saya pada pandangan Allah, RasulNya dan orang beriman yang lain.
Semoga Allah menjadi saksi kepada ikrar ini."
Bacaan lanjut; http://fiqhmedic.wordpress.com/kod-etika-perubatan-islam/
Bagi mereka yang ingin meneruskan bacaan dalam tajuk ini terutamanya berkaitan hipokrit, nantikan siri kedua yang akan saya publishkan selepas ini. InsyaAllah...
p/s: tajuk ini adalah kesinambungan tajuk ini "btoi ka ni?"
.





2 comments:
salam ziarah...
dalam debate2 mmg guna argument hipocrate's oath ni, dlm banyak tajuk yg melibatkan doktor. Tapi apa sebenarnya hippocrat's oath ni saya baru tahu hari ini.. sumpah terhadap tuhan2 ye rupanya..
sungguh, pengamal perubatan Islam better sumpah atas nama Allah, ilah kita yg satu..
thanks for sharing this info
may Allah bless u
p/s: mind if i link ur blog?
to humayra';
wsalam, sama2... ye. mmg agak trknal sumpah ni. wlaubgaimnapun ia bkan utk org islam. ana pn xbrp tau jgak, tp sjak amek mdic ni tau la sket2...
xpa, silakan klo nk link... thanks.. :)
Post a Comment