Alhamdulillah... Tahniah diucapkan kepada kawan-kawan dan sahabat-sahabat saya yang berjaya mendapatkan tajaan JPA, yayasan, negeri atau zakat bagi meneruskan sesi pembelajaran tahun dua ijazah sarjana muda perubatan di Universiti Al-Azhar. Tahniah sekali lagi saya ucapkan. Moga dengan itu, kita semua dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan membuktikan kecemerlangan kita semua dan yang paling penting ialah kecemerlangan dan kegemilangan Islam itu sendiri. Sama-samalah kita naikkan nama Islam. "Islam itu yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya".
Kepada sahabat-sahabat yang tidak mendapat mana-mana tajaan sama ada daripada yayasan, negeri, zakat atau apa sahaja, janganlah bersedih. Rezki daripada Allah di mana-mana sahaja, yang penting usaha.

Mengenai tajuk kita, saya tidak mahu memanjangkan huraian. Cuma saya mahu persepsi negatif terhadap pelajar yang datang dengan ejen tidak wujud lagi. Ada yang digelar 'backdoor' hanya kerana tidak mendapat tajaan JPA atau MARA. Huraian megenai isu ini ada di sini.
Kita semua sama, yang membezakan kita adalah taqwa, bukan tajaan. Janganlah sombong dengan mereka yang tidak mendapat tajaan JPA atau MARA. Jika anda sombong, maka tentulah anda lebih hina dan buruk daripada mereka kerana dosa kesombongan itu.

Saya sendiri tidak memohon tajaan JPA kerana sudah mendapat tajaan lain iaitu HPA Industries Sdn Bhd. Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan pada pihak HPA kerana sudi menaja saya.
Akhir kata, gunakanlah setiap nikmat dengan sebaiknya. Jangan sombong dengan yang tidak berdaya, sebaliknya bantulah mereka yang memerlukan.
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."
(Al-Maidah : 2)

.

8 comments:
alhamdulillah....Untuk record tahun ni...Seramai 47 orang pelajar dari universiti Al-azhar telah berjaya mendapatkan JPA dengan jayanya..bilangan ini adalah termasuk lelaki dan perempuan...JAdi buat sesiapa yang sudah mendapat JPA ataupun tajaan mane2 sekalipon ape yang penting adalah kita kena bertanggung jawab dengan semua duit2 tu..jangan asyik PONTENG KELAS je....Tu tanggungjawab yang UTAMA...JANGAN LUPA>>>>>>>>>>>>
alhamdulillah, saya pn x sgka rmai yg dpt. sbbnya ialah jpa dh hntikan tjaan utk plajar azhar utk tmpoh yg lma. tp tahun ni alhamdulillah, tjaan sdah brmula kmbali.
bnar apa yg anda katakan, smua itu adalah wang amanah. msti dgunakan dgn sbaiknya, kliah msti hadir, study msti ok. insyaAllah sma2 la kita doakan kjayaan brsma... insyaAllah.
syukran... ^_^
.
tahniah! :)
syukran awi2 giddan ya zamilati... :) Allahummaftah 'alaik wa yubarik 'alaik!!! ^_^
Tahniah kepada yg dah dapat tajaan...
Dan jangan pula kita lupa untuk sama-sama mendoakan bagi mereka yang belum mendapat tajaan supaya segala urusan dipermudahkan oleh Allah.
aiwah, yg dh dpat kna byk2 brsyukur dn igt kwan2 len yg blom dpat. insyaAllah smga smua urusan dprmudahkan dn brjlan lncar.
tahniah untuk sahabat2 yang dah dapat tajaan.gunakan dengan sebaiknya..
aiwah, syukran. insyaAllah kita sma2 mnfaatkan amanah yg dbri dgn sbaik2nya... :)
Post a Comment