DAP lebih faham Islam berbanding NAJIB dan NIK NAZMI?






ORANG ISLAM BOLEH LAKSANA HUDUD

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giew berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.

“Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.

“Hukum hudud adalah isu yang sangat sensitif dan memerlukan perbincangan yang teliti oleh semua pihak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dalam beberapa dekad ini, hukum hudud disarankan oleh sebahagian individu yang terdapat di dalam parti BN.

Seng Giew berkata, dahulu BN menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan DAP dan Pas. Dan sekarang keadaan kedua-dua parti semakin tenang, kami sudah berjaya mengatasinya.

sumber : Sinar Harian




DAP BERSAMA PR PULAU PINANG IKRAR PERTAHAN ISLAM AGAMA RASMI, SETIA KEPADA AGONG

Sepuluh usul diluluskan dalam mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang diadakan di komtar, Pulau Pinang semalam. Antaranya ialah;

# Melafazkan ikrar taat setia kepada DYMM Yang di Pertuan Agung sebagai pemimpin terunggul negara atau Kepala Utama bagi Persekutuan menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

# Menegakkan Islam sebagai agama rasmi negeri; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni menurut Perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

sumber : Warkah Daily








HUDUD TIDAK SESUAI

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad membuat kenyataan bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan.

Menurut Bernama, Nik Nazmi berkata, “ PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai.”

”Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Nazmi.

Menurut beliau lagi, berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam.

sumber : Kedah Times


Tambahan : ISU GEJALA SOSIAL



CADANGAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

sumber : Ustaz Nasruddin




CADANGAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT DISAMBUT BAIK OLEH JIM

SHAH ALAM – Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Profesor Dr Harlina Halizah Siraj menyambut baik kempen nikah khitbah atau nikah gantung sebagai salah satu cara mengatasi masalah pembuangan bayi.

Beliau berkata, menurut agama, sememangnya nikah khitbah adalah sah di sisi Islam, cuma pada masa kini jarang dilaksanakan dengan pelbagai alasan.

Katanya, sesetengah ibu bapa menganggap anak-anak tidak perlu untuk nikah gantung dan bertindak menjalankan terus majlis pernikahan tersebut pada satu masa tanpa mengira kewangan yang ada.

“Dari sudut prosedur perkahwinan pula, pada masa sekarang lebih sukar berbanding dahulu kerana mereka yang ingin berkahwin terpaksa menyediakan pelbagai dokumen sehingga mereka menganggap perkahwinan sesuatu yang menyusahkan.

“Mereka bertindak sedemikian untuk lari daripada tanggungjawab yang lebih besar tanpa memikirkan masalah yang bakal tiba,” katanya ketika diminta mengulas tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah gantung bagi mengelakkan kes buang bayi dari terus berleluasa.

sumber : Sinar Harian






"YA ALLAH, KURNIAKANLAH HIDAYAH DAN TAUFIQ KEPADA MEREKA YANG BELUM ISLAM DAN YANG SUDAH ISLAM..."




.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...