
Tersebutlah kisah si pejuang agama
Gah namanya disebut sentiasa
Tapi sedikit ragu padanya
Mari lihat siapa sebenarnya
Kalamnya indah berbunga sentiasa
Namun hati siapa yang tahu
Kalamnya hanya pemanis bicara
Gerak-gerinya hanya Tuhan yang tahu
Perjuangkan daulah itu seruannya
Ajak bersatu kita dihentam
Habis segala hujah palsunya
Salamatus sadri dikambing hitam
Urusan umat lebih utama
Lalu diajak tumpu ke sana
Namun kita perlukan kuasa
Kuasa kesatuan itulah jawapannya
Cukuplah solah wasilah daulah
Nanti daulah tertegak sendiri
Sedangkan nabi dan para sahabah
Bertumpah darah merindu mati
Mari berjuang dengan jiwa
Wahyu mendamba jiwa dan harta
Mungkinkah dia berkorban harta
Makan sendiri meminta-minta
Bila diajak menjana harta
Ditolak konon zuhud dunia
Bila kita sudah berjaya
Dendam dan dengki meraja di jiwa
Mari makan mencari tenaga
Untuk beribadah itulah katanya
Mari lihat apa makanannya
Ternyata darah rakyat Palestina
Hujum sini hujum sana
Khilaf itu khilaf ini
Ada benda lebih utama
Kerana ego matilah hati
Mari beli fatwa di sini
Banyak pilihan murah sekali
Boleh diguna untuk parti
Islamofobia makin menjadi
Masjid dikunjung hidayah dicari
Dihalau dimurka bagai pencuri
Hukum masjid sibuk dicari
Hukum hudud tetap dinafi
Inikah dia pejuang agama
Mungkin ada di mana-mana
Jika semua seperti si dia
Hancur agama rosak binasa
Inilah dia hikayat si dia
Adakah kita adalah si dia
Mari elakkan sifat si dia
Moga tidak seperti si dia...
.




1 comments:
I want to bookmark the page so I can return here from you that you have done a fantastic job.
Post a Comment