Benarkah apabila seseorang bukan Islam masuk ke dalam masjid ia dikatakan sebagai satu pencemaran? Benarkah ia satu penghinaan? Untuk menghilangkan keraguan, mari sama-sama kita perhatikan dua hadis berikut kemudian kita lihat beberapa gambar menarik... =)
Daripada Abi Hurairah bahawa seorang arab badwi kencing di dalam masjid maka orang ramai pun pergi kepadanya. Maka Rasulullah s.a.w pun berkata kepada mereka : “Biarkan dia dan jiruskan sebaldi air ke (tempat) kencingnya atau tuangkan air kerana kamu hanya diutus untuk memudahkan bukan menyusahkan."
(Riwayat Al-Bukhari, Al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Athal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w. Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: “Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?”
Jawabnya: “Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu”.
Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya. Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?”.
Jawabnya: “Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih”.
Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?”.
Jawabnya: “Seperti yang aku katakan kepadamu”.
Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: “Bebaskan Thumamah”.
Lalu Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.
Beliau juga berkata: “Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada seorang pun atas muka bumi ini yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi. Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..”.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Subhanallah... Nabi sendiri pun benarkan bukan Islam masuk masjid, bukan sekadar sejam atau dua jam, bahkan tiga hari!!! Kencing pun tidak dimarahi, sebaliknya orang Islam sendiri yang menyucikannya. Betapa indah dan tingginya nilai kemuliaan dan adab dalam Islam. Dengan kemuliaan itulah ramai bukan Islam terus tertarik dan akhirnya memeluk Islam.
Nampaknya pada hari ini, orang Islam sendirilah antara penyebab Islamofobia dan jauhnya bukan Islam daripada Islam. Adakah kita terlibat atau bersubahat dalam menghalang sampainya Islam kepada bukan Islam? Fikir-fikirkan...
Jika benarlah pencemaran masjid berlaku dengan membenarkan bukan Islam masuk ke dalam masjid, maka Nabi Muhammad S.A.W dan Syeikhul Azhar At-Tantawi adalah antara orang yang paling utama untuk dipersalahkan. Mungkinkah mereka akan dimurka? Disiasat? Dikenakan tindakan undang-undang? Ataupun, di 'ISA'??
Inilah akibatnya apabila tidak memahami hukum-hakam dalam Islam, yang Islam makin jauh daripada agama, yang bukan Islam makin membenci Islam. Inilah juga akibatnya apabila wujudnya 'kedai penjual fatwa' yang menawarkan pelbagai pilihan hukum yang boleh dijual-beli sesuka-hati menurut cita rasa dan selera yang dikehendaki.
Nak tengok pencemaran tempat ibadah yang sebenar?? Tengok video berikut;
Bacaan lanjut;
Peminat Khalifah Umar Abdul Aziz, link
Muslim Pencemar Islam, link
Gambar-gambar 'pencemaran' masjid-masjid di dunia, link
'Fatwa ala-ala taliban', link
.













0 comments:
Post a Comment