
Baru sebentar tadi saya menerbitkan sebuah artikel berkaitan kejahilan terhadap hukum Islam yang membawa kepada Islamofobia. Apabila saya cuba meninjau sekali lagi berita-berita untuk melihat isu semasa, ada lagi rupanya orang yang bertindak kononnya atas dasar agama tapi menyeleweng daripada hukum yang sebenar.
KAJANG 28 Ogos - Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu menggantikan wang bernilai RM1,000 sumbangan Teo Nei Ching kepada kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral supaya wang itu dipulangkan semula kepada Ahli Parlimen Serdang.
Ketuanya, Arman Azha Abu Hanifah menjelaskan, wang RM1,000 yang dihulurkan oleh Perkasa sendiri itu sebenarnya lebih wajar diterima kerana ia mewakili orang Islam sendiri.
''Pihak kami akan mencari ahli jawatankuasa surau berkenaan secepat mungkin supaya dengan penerimaan sumbangan ini maka mereka dapat memulangkan semula duit wakil DAP itu,'' katanya.
sumber : Utusan
Tiada masalah bagi seseorang muslim untuk menerima sumbangan atau pemberian daripada bukan Islam, bahkan untuk digunakan bagi pembinaan masjid sekalipun tiada masalah. Kalau anda muslim dan ingin berikan sumbangan kepada saya, saya terima. Kalau bukan muslim pun saya terima. Tak perlu pulangkan semula.
Lainlah pula jika pemberian itu bertentangan dengan syarat-syarat yang ulama tetapkan seperti apabila wang itu jelas hasil curi. Kalau hasil curi, bukan setakat sumbangan daripada orang kafir, daripada orang Islam sekalipun tetap salah. Rasuah, hasil arak, hasil judi bola, riba dan sebagainya..
Cukuplah kot sikit-sikit, malu ngat aih kalau oqang lain pakat tengok. Orang bukan Islam pon pakat laqi paa...
Mari sama-sama kita tumbangkan kejahilan, kezaliman, perkauman dan salah guna agama. Bersama tegakkan Islam. Islam adalah agama kedamaian, ketenangan, kesejahteraan, keadilan dan penyelesai bagi segala masalah, tidak kira sama ada muslim atau tidak, ia rahmat bagi seluruh alam.
Keterangan ringkas berkaitan hukum menerima pemberian daripada bukan Islam;
link 1
link 2
Bertuahkah Islam mendapat Melayu??? link
"ISLAM - THE RELIGION OF PEACE"
.




1 comments:
islam adlh agama keamanan utk smua bangsa n slrh dunia, Allahakbar !!
Post a Comment