
Bayu pagi bertiup sayu, fajar sadiq mula beransur, beransur pergi menanti terbit sang mentari pagi... Kedinginannya mula terasa, tidak seperti hari-hari yang sebelumnya, walaupun pada hakikatnya aku sudah mula merasa, perubahan sikapnya yang membuatkan aku menggigil kesejukan, musim sejuk tanpa salji menanti masa untuk menunaikan amanah Ilahi... Itulah sunnatullah, itulah fitrah alam, setia patuh dan tunduk padaNya yang satu, tidak seperti aku, tidak seperti manusia lainnya. Adakalanya meningkat tinggi bagaikan malaikat, adakalanya tersungkur hina mengalahkan binatang!!
Perpindahan, ia pasti berlaku. Selagi ada ruang dan masa, selagi ada dunia yang fana, ia pasti berlaku. Dari alam roh, aku berpindah ke alam rahim, kemudiannya ke alam dunia. Masih panjang perjalananku, di dunia ini pun terlalu banyak perpindahan yang mesti ditempuh sama ada rela atau paksa..
Teringat kembali saat pertama aku meninggalkan tanah air, tak tergambar dengan kata-kata bagaimana rasanya. Dari atas, kelihatan kawasan berwarna coklat kekuningan menggantikan biru lautan. Itulah tandanya bumi anbia semakin hampir, bumi Fir'aun juga semakin hampir. Jejak siapakah yang akan aku susuri?
Ketibaanku disambut baik oleh Hayyu 'Asyir, walaupun keadaannya agak daif dan sekadarnya, ia tetap melayanku sebaik mungkin. Aku meninggalkan Hayyu 'Asyir tanpa aku sempat mengenalinya sepenuhnya.
Hayyu Zuhur pula menerima ketibaanku, walaupun kelihatan agak mewah bergaya, aku tinggal di sana bagaikan merempat. Ranjangnya yang di ruang tamu sangat meninggalkan kesan buatku, itulah tarbiah bumi anbia yang sukar untuk dicari.
Ombak yang terlalu kuat membuatkan aku terdampar di Pulau Darul Aman, alhamdulillah.. Di sini aku agak selesa dengan suasananya yang serba lengkap dan harmoni, mungkin sedikit pengubat dan penenang buat diri yang dilanda resah sebelum ini.
Tiba-tiba, secara paksa, Duwaiqah yang jauh di penghujung dunia memanggilku. Dikenali sebagai bukit sampah sudah cukup membuatkan aku terfikir bagaimana akan aku hidup di sana. Sesuailah dengan namanya, aku reda dengannya. Walaupun hanya bertiga, jiran yang sentiasa mengambil berat dan mesra sudah cukup buatku untuk hidup dengan aman damai. Bangunannya tersusun rapi bagaikan bandar, namun orangnya tidak ubah bagai Sang Badwi yang adakalanya perit untuk diterima. Duwaiqah yang mencabar memang mendidik diri ini..
Bahtera kehidupan terus membawa aku kembali berlabuh di Pulau Darul Aman, tercetus kembali nostalgia lalu yang membawa aku ke alam masyarakat untuk berbakti padanya. Terasa bahagia walaupun sekali-sekala terasa bagai tiada guna jasad ini untuk diri sendiri..
Setelah hampir setahun berlalu, ketentuan Ilahi membuatkan aku tiada pilihan lagi melainkan berhijrah ke sebuah pulau yang baru. Walaupun agak kecil, Pulau Mutiara ini akan menjadi tempat aku merempat buat kali yang seterusnya. Aku cuba membiasakan diri untuk hidup di sana dengan suasana yang baru, dengan taklifan yang sangat menakutkan, aku kuatkan diri untuk terus hidup di sana dengan rakan-rakan seperjuangan... La quwwata illa billah...
Sedang asyik merenung keindahan pantai Pulau Mutiara yang indah, kelihatan dari jauh bagai ada yang melambai-lambai ke arahku. Siapakah gerangannya yang nampak begitu menyinar dari jauh itu? Rupa-rupanya Hayyu 'Asyir yang hampir aku lupa padanya. Tidak terlintas pula di hatiku ia masih ingat padaku. Barangkali ia rindu padaku dek perkenalan aku yang terlalu singkat ketika aku pernah bersamanya suatu ketika dahulu...
Entah sampai bilakah perpindahan ini akan berterusan.. Aku pun tidak pasti apakah aku sempat menyambut lambaian Hayyu 'Asyir.. Aku juga tidak pasti apakah aku sempat kembali ke tanah airku untuk menatap wajah suci ayah bonda sekeluarga serta rakan dan taulan.. Kerana seruan Izrail lebih kuat tarikannya, apabila ia menyeru, pasti akan disambut tanpa awal atau lewat, walau hanya sesaat.. Itulah janjiNya...
Alam barzakh masih berbaki, alam mahsyar setia menanti.. Apa yang aku pasti, perpindahan akan berakhir, ia mesti berakhir! Namun, aku tidak pasti sama ada syurga atau neraka yang akan menjadi destinasiku yang terakhir, yang kekal abadi..
Pun begitu, aku cuba mencari reda Sang Ilahi, kerana itulah kebahagiaan yang hakiki.. Aku bahagia dengan redaNya, walaupun penuh onak dan duri..
Kebahagiaan itu, akan membuatkan aku lebih rela disiksa bersama redaNya berbanding menikmati syurga bersama murkaNya... Hasbiallah.. Ni'mal maula wa ni'man nasir...
DAERAH INI...
Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu
Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..
Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir
Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan
Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan
Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..
Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri dan sanubari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci dan abadi
Di daerah ini, biarlah aku..
( Daerah Ini - ALGEBRA )
.




4 comments:
pindah ka nasit??
kt mana tu hayyu zohor??
rumah pulau pinang??
salam...
sedey lak bc entry ni...xblik kan ??..
xpa2..sabaQQ2..ADA la tu Allah nak bg yg lebih baik..insha Allah..=)
>> dr krum
biasa la tu, kna ada smgt hijrah wlaupun lani bkn ma'al hijrah.. :D
hayyu zuhur dkat area sabi'.. mai la raya sini noh..huhu..
>>kawan
wsalam. aiwah, Dia tau apa yg trbaik.. sykran.. T_T
.
Post a Comment