
Alam dunia, atau alam yang kita hadapi sekarang, yang kita katakan sebagai kehidupan, apakah hakikatnya yang sebenar?
Kita merasakan kita mempunyai kehidupan, ada yang merasakan ia sedang melalui kehidupan yang selesa, ada yang merasakan ia sedang melalui kehidupan yang derita. Semua yang kita lihat, dengar, rasa, sentuh dan hidu, itulah yang kita katakan sebagai kehidupan. Kehidupan yang selesa ialah apabila kita rasa tenang, bau wangian, lihat keindahan, dengar alunan indah dan menyentuh wang yang banyak.
Adapun kehidupan yang derita ialah apabila kita lihat keburukan, rasa sakit, dengar hiruk-pikuk, bau yang tidak menyenangkan, dan menyentuh perkara yang kita tidak sukai. Itulah yang kita takrifkan dan definisikan kehidupan kita selama ini.
Jika kita fikirkan dengan sebaik-baiknya, kita akan mendapati bahawa apa yang kita anggap sebagai suatu kehidupan selama ini, tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar apa yang kita dengar dengan telinga, hidu dengan hidung, rasa dengan lidah, lihat dengan mata dan sentuh dengan kulit.
Tetapi, pernahkan kita terfikir, adakah segala yang kita rasa dengan lima pancaindera tersebut benar-benar wujud secara hakiki?
Adakah kita yakin segala yang anda miliki selama ini adalah benar-benar anda miliki?
Adakah hanya dengan 'rasa' melihat dan menyentuh sesuatu perkara tersebut sudah cukup untuk meyakinkan anda bahawa perkara tersebut benar-benar wujud?
Bersambung....
.




4 comments:
~What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?~
-Open Your Eyes, Maher Zain-
n_n
lets start question in ourselves..is that enough 4 us?
Ape faedah tau mende ni?
jika kita tahu mana satu batu dan mana satu emas, pasti kita akan memilih emas.
sekarang mari sama-sama kita kaji sama ada dunia ini adalah emas, batu atau tiada apa-apa langsung...
thanks my friends.. ^_^
.
Post a Comment