APA LAGI HELAHMU???





Setiap detik yang berlalu
Setiap itulah aku menunggu
Menunggu sejak mula dulu
Bilakah muslim kan jadi satu

Engkau sibuk pecah sesama
Konon untuk umat semua
Habis umat derita sengsara
Bercerai muslim hilanglah kuasa

Dalil ini dalil itu
Mencari-cari helah dan tipu
Telah termaktub dalam Kitab yang satu
Kau dan aku wajib berpadu

Sudah ada golongan yang satu
Kau menambah golongan yang dua
Konon haq tidak pilih bulu
Apakah haq milik pendua?

Kesatuan diharap namun sukar
Itu katamu pemanis bicara
Adakalanya terasa kelakar
Tanyakan diri siapa penyukarnya

Namun aku yakin padaNya
Janji kemenangan pasti tiba
Setia menanti ketibaannya
Sekalipun bukanlah
aku pejuangnya...











.

4 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum
Tidak dapat dinafikan, perpecahan merupakan satu yg dicela oleh Allah SWT. Surah AlMukminun:54 فَتَقَطَّعُوٓاْ أَمۡرَهُم بَيۡنَہُمۡ زُبُرً۬ا‌ۖ كُلُّ حِزۡبِۭ بِمَا لَدَيۡہِمۡ فَرِحُونَ (٥٣) فَذَرۡهُمۡ فِى غَمۡرَتِهِمۡ حَتَّىٰ حِينٍ Kemudian mereka [pengikut-pengikut rasul itu] menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka [masing-masing].
Begitu juga terdapat hadis Rasulullah saw,`Umatku akan berpecah kpd 73 puak (milah), 72 puak didalam neraka dan hanya 1 puak saja yg dlm syurga. Dlm riwayat lain pula, 1 puak ini akan terus berjuang sehingga hari qiamat dan mrk itulah jamaah`.
Namun apa sekali jawapan yg diberi, kita mesti menegakkan dgn nama kebenaran dari AlQuran dan Hadis (Surah AnNisa`:59إِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah [Al Qur’an] dan Rasul [sunnahnya], jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Satu puak tadi yg berpegang-teguh kpd AlQuran akan iuji seterusnya dan terbahagi kpd 3 golongan.
Surah AlFathir:32 ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada [pula] yang lebih dahulu berbuat kebaikan [1] dengan izin Allah.
Kalau bukan dalil yg kita berpegang-teguh dari Istinbat hukum, samada dari ketetapan putus atau dzon, maka dgn apa lagi kita hendak berdiri teguh. Jgn jadi seperti dlm Surah AnNahli:92 (Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali, kamu menjadikan sumpah [perjanjian]mu sebagai alat penipu di antaramu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain [2]. Sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengan hal itu.)
Berulang2 kali bina semula dan tukar nama parti dgn pelabagi wajah/wadah yg terdpt diseluruh dunia sebelum ini yg seringkali hancur akibat kelalaian. Wallahualam

DEVOTEE said...

Wa'alaikumussalam. Ya, saya masih hairan dan tertanya-tanya kenapa masih ada golongan yang terlalu sukar untuk bersatu.

Allah memerintahkan kita bersatu dan menjanjikan kekuatan dengannya. Ada orang yang mengatakan bahawa kesatuan itu harapan semua namun sukar.

Sangat hairan, adakah Allah memerintahkan kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita lakukan? Tidak, tidak sama sekali, la yukallifullahu nafsan illa wus'aha...

Ada mana-mana pencinta perpecahan yang boleh terangkan?

ainshatun said...

blog anta boleh diktkan menark...
anti hrp anta dpt myediakan lbh bnyk info2 dlm blog anda,,,

DEVOTEE said...

insyaAllah, doakan ana dipermudahkan untuk berkongsi ilmu dan maklumat..

syukran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...