
AMARAN : JANGAN BACA JIKA TIDAK BERANI MENGAMBIL SEBARANG RISIKO. SILA BACA DARIPADA AWAL SIRI INI, KLIK SINI UNTUK BACA DARIPADA SIRI 1.
Sekarang kita sudah jelas bahawa kesemua yang kita hadapi selama ini hanyalah perkara yang dilalui oleh kelima-lima pancaindera kita, dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai 'deria khas' (special senses). Sekarang mari kita lihat apakah yang berlaku sebenarnya pada pancaindera kita.
Adakah benar cahaya yang kita nampak selama ini merupakan cahaya yang masuk ke dalam mata kita?
Adakah benar bunyi yang kita dengar selama ini merupakan bunyi yang masuk ke dalam telinga kita?

Secara ringkasnya, berdasarkan sains, bunyi dan cahaya seperti yang kita anggap selama ini, tidak wujud sebenarnya. Kedua-duanya ialah gelombang. Hanyalah gelombang yang bergetar dan bergerak dengan aturan-aturan tertentu.
Apa yang kita anggap sebagai cahaya, tidak wujud. Warna merah, biru, hijau, kuning, hitam dan sebagainya adalah tidak wujud. Kesemua itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah gelombang cahaya yang berbeza pada kadar frekuensinya (tahap gelombang). Warna merah mempunyai frekuensinya yang tersendiri, warna biru mempunyai frekuensinya yang tersendiri, dan warna-warna yang lain juga mempunyai frekuensi yang berbeza antara satu sama lain.
Begitulah juga dengan bunyi, selama ini kita membezakan suara yang merdu, garau, lembut, nyaring dan sebagainya. Tetapi ia juga tidak wujud, perbezaan itu pada hakikatnya hanyalah perbezaan frekuensi gelombang bunyi yang masuk ke dalam telinga kita.
Bagaimana pula dengan deria sentuhan dengan kulit? rasa dengan lidah? hidu dengan hidung?

Sesetengah orang merasakan bahawa perkara yang ada di sekitarnya benar-benar wujud hanya kerana dia mampu menyentuhnya, menghidunya dan merasanya. Hal ini sedikit berbeza dengan bunyi dan cahaya, kerana bunyi dan cahaya dianggap sebagai gelombang yang seolah-olah tidak wujud dan tidak dapat dikesan dengan deria kasar. Sedangkan deria lidah, hidung dan kulit mengesan dengan objek, molekul atau atom yang memang wujud. Benarkah begitu?
Sebagai contoh, seorang yang buta, yang tidak dapat melihat sesuatu objek, mungkin masih mengakui bahawa sesuatu sesuatu objek wujud hanya kerana dia boleh menyentuh objek tersebut. Katanya, "Ini bukan sekadar gelombang cahaya, bahkan memang objek yang wujud kerana terbukti dengan sentuhan tanganku."

Jadi, adakah kita sudah berasa selesa dan tenteram serta yakin bahawa apa yang kita miliki adalah memang milik kita dan ianya benar-benar wujud hanya dengan kita menyentuhnya? Adakah kita mengatakan bahawa objek yang mampu disentuh bukanlah suatu gelombang semata-mata?
Kita akan lihat selepas ini bagaimana penjelasan sebenar berkaitan perkara yang dikesan oleh lidah, kulit dan hidung. Kononnya kesemua itu bukan gelombang dan wujud secara 'seketul' ?
Bersambung...
.




0 comments:
Post a Comment