GEMPAR AKSI PANAS DUA BERADIK
BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.
Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.
Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.
Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.
“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.
“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.
Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.
“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.
“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.
Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.
SUMBER : MY METRO
SUAMI MAIN CINTA DI FACEBOOK
SUAMI saya mengadakan hubungan terlarang dengan isteri orang di laman sosial Facebook, baru-baru ini. Hubungan mereka sampai ke tahap mengadakan hubungan seks.
Wanita berkenaan memuat turun beberapa gambar seksinya untuk tatapan suami saya.
Saya juga dapat mengesan hubungan mereka melalui telefon bimbit.
Sehingga kini saya masih dihantui kandungan e-emel dan gambar perempuan itu. Macam mana saya hendak lupakan semua itu dan mengembalikan kasih sayang suami saya demi anak saya yang masih kecil?
FARHANA
Kuala Lumpur
FACEBOOK adalah salah satu khidmat jaringan sosial dan laman web yang menduduki tempat pertama selepas dilancarkan pada Februari 2004.
Sekarang ini ia sudah mempunyai lebih 500 juta pengguna seluruh dunia yang begitu aktif bertukar-tukar maklumat. Setiap pengguna Facebook akan membentuk profil peribadi sendiri dan pengguna lain sebagai kawan dan seterusnya akan bertukar mesej (http://en.wikipedia.org/wiki/Facebook).
Walaupun laman web ini sangat berguna dalam konteks perhubungan sosial, ia juga mengundang perkara negatif dan penyalahgunaan seperti pembaziran waktu kerja, menggalakkan perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan, mendedahkan rahsia peribadi dan rumah tangga kepada umum dan berlaku penipuan.
Ada juga rumah tangga yang hancur akibat hubungan berkenaan. Begitulah antara cabaran dalam dunia siber sekarang.
Hanya keimanan dapat menangkis pengaruh negatif daripada menyerap masuk dalam dada umat Islam.
Hal yang sama berlaku kepada anda suami isteri apabila suami terbabit dalam hubungan dengan isteri orang.
Perbuatannya adalah salah di sisi agama dan undang-undang. Ia tentu sekali mengganggu ketenteraman jiwa seorang isteri dan keharmonian rumah tangga yang dibina.
Jika ia berterusan maka rumah tangga akan terus berantakan dan musnah.
Oleh itu, anda sepatutnya bertindak bijak dengan berbincang dengan suami dan sekiranya perlu, bawa perkara berkenaan ke pengetahuan keluarga masing-masing.
Suami perlu bertaubat kepada Allah kerana melanggar larangan Allah s.w.t sehingga terbabit dalam dosa zina. Sekiranya dia masih berdegil, ambillah 'tindakan' yang lain walaupun ia sangat pahit.
Allah berfirman: "(Lazimnya) perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..." (Surah al-Nur ayat 26)
SUMBER : MY METRO
"YA ALLAH, SELAMATKANLAH KAMI SEMUA..."





2 comments:
Assalamualaikum wbt
Apa yg berlaku skrg adalah mengenai sistem sedia ada, masyarakat dan diri sendiri. Kita tak perlulah menyentuh ttg sistem, krn negara kita mmg tidak menyokong kearah pembtkn Islam spt yg dikehendaki. Kalau ada pun ibarat spt sarang labah2 dimana serangga kecil sahaja jadi mangsa. Tetapi yg nak difokuskan disini adalah masyarakat yg dicela oleh Allah SWT krn tidak menyediakan dan tidak mengambil-tahu sistem hak milik sehingga menggelarkan mrk ini adalah pendusta agama! Surah AlMaun:1-3أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ (١) فَذَٲلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلۡيَتِيمَ (٢) وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (٣)Tahukah kamu [orang] yang mendustakan agama? (1) Itulah orang yang menghardik anak yatim, (2) dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
Bkn siapa2 pun sehingga org yg selalu solat pun dikira pendusta agama apatah lagi mrk yg tidak fokus dlm agama krn hubungan dirinya dgn hak milik awam. Bila tidak diwujudkan masyarakat yg mengambil tahu hal2 kepincangan dan kekejian dlm masyarakat, maka byklah maksiat berlaku sehingga tiak terjangkau dlm fikiran kita. Wallahualam
Wa'alaikumussalam wbt. Sistem ialah peraturan, atau dalam istilah lain ialah etika, undang-undang, atau syariah itu sendiri. Sistem ini meliputi segala yang ada di dunia bagi setiap peringkat, sama ada peringkat antarabangsa, negara, negeri, masyarakat atau individu. Itulah sistem atau aturan Islam.
Usaha untuk meluaskan sistem ini di setiap peringkat mesti diteruskan sebagai membesarkan kalimah Allah di muka bumi ini dan untuk meninggikan syiar Islam itu sendiri.
"Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya."
Wallahu'alam, syukran...
.
Post a Comment