KAPILARI vs JANTUNG




Kapilari, tidakkah kau jemu dengan tugasmu? Tidakkah kau merasa jijik dengan darah yang kau bawa? Dan padamu jugalah tempat berkumpulnya darah sisaan. Mungkin kau merasakan dirimu sangat kecil, dan sememangnya dirimu sangat kecil, aku sebagai tuanmu pun tidak dapat menafikan itu. Mungkin kau jauh di penghujung dunia.

Adakah kau sedar bahawa kau itu kapilari? Dan bukanlah engkau seperti sang jantung, yang mengepam darah berliter-liter, sentiasa diambil berat dan diubat. Kapilariku, sememangnya engkau  kapilari. Jangan kau cuba menjadi jantung, kerana kau ditakdirkan sebagai kapilari.

Mungkin engkau berasa hina, mungkin engkau berasa kecil, mungkin engkau berasa terasa. Tapi, ingatlah wahai kapilariku, tanpamu pasti tidak sampai oksigen dan nutrisi kepada otot-ototku, pasti lemah tubuh badanku. Bahkan, otot-otot jantung itu sendiri mendapat bekalan daripadamu. Tiada beza kau dan jantung. Bagiku, kau dan jantung sama sahaja.

Adakah kau selalu terdengar kata-kataku? Atau terdengar kata-kata profesorku? Memang kami jarang sekali mempertimbangkanmu, bahkan adakalanya kami tidak merasakan kewujudanmu. Maafkan kami atas semua itu. Bukan niat kami untuk berbuat begitu, namun itulah fitrahnya bila kau mendengar penilaian manusia.

Sudahlah kapilariku, jalankan tugasmu jangan kau lengah. Kerana kau juga aku perlu walau jarang kusebut namamu. Hiraukan kalamku, maafkan aku walau aku tidak meminta maaf padamu. Jangan sekali-kali kau kecut atau kembang sesuka hati, dengarlah arahan bila datang hormon padamu. Jadilah dirimu yang sebenar, tolonglah sahabatmu sang venus, sang limpa, sang arteri dan lain-lain. Bila musuh datang menyerang, berikan laluan pada limposait.

Usah kau hirau akan kata-kataku atau sesiapa sahaja. Kerana itu semua hanyalah kata-kata serta penilaian manusia dan para doktor. Apa yang penting, penilaian Tuhanmu, yang juga Tuhanku...




.

4 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Tujuan kita belajar organ badan adalah utk mendekatkan diri kpd Allah SWT. Walauapa sekali kita namakan pembuluh darah sebagai arteri, kapilari atau micro capillary, Allah lebih hampir pada kita dari pembuluh darah itu sendiri (Surah Qaf: وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥ‌ۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيدِ Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat darah lehernya.
Begitu juga apabila berlaku pencernaan dan diserapakn melalui vilus atau microvilli di ileum, hasil pencernaan mampu utk menukarkan kembali kpd air susu yg yg bersih utk diminum (Surah AnNahli:66 Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
Malah apabila kita mati, Allah mengetahui setiap micronutrient yg dimamah oleh bumi sedikit demi sedikit dikurangkan (tanqusu) (surah Qaf:4قَدۡ عَلِمۡنَا مَا تَنقُصُ ٱلۡأَرۡضُ مِنۡہُمۡ‌ۖ وَعِندَنَا كِتَـٰبٌ حَفِيظُۢ.(Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami sedia mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi sedikit dari (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang menyimpan (catatan segala perkara yang berlaku). Subhanallah! Semuanya dlm pengetahuan Allah SWT. Wallahualam.

DEVOTEE said...

Wa'alaikumussalam w.b.t.

Aiwah ya sodiq, alam sentiasa penuh dgn tanda kewujudan Allah dan keesaan-Nya..

emm.. bleh sy tau ni sapa sebenarnya?

syukran...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Ana akhuka fillah. Kita berjumpa di fasa maya ini, daripada btk analog ke btk digital dan kembali blk ke btk analog adalah dgn rahmat Allah. Apa nak dihairankan,dlm AlQur`an ada terdpt perkataan `alkhab`a` (surah AnNaml:25) iaitu ada benda2 ghaib/tak nampak dimata zahir namun benda itu tetap wujud spt cas2, ion2, kumin2 dan micronutrient yg terdt di awan nipis (almuznu: Surah AWaqi`ah:69)lalu terbentuklah titisan hujan yg maujud dimata. InsyaAllah ana akan selalu pantau dr masa ke semasa. Wallahualam

DEVOTEE said...

Wa'alaikumussalam w.b.t.

aiwah, syukran kerana sudi memantau tulisan ana. sukar utk mmencari sahabat mcm ni. kalau ada salah silap dlm tulisan ana, silalah tegur. syukran marrah saniah. wa ana akhuka fillah aidhan, insyaAllah... =)


.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...