Bila boleh kahwin? Selepas belajar? Sistem pendidikan masa kini, selain daripada bersifat sekular dan berorientasikan peperiksaan, ia juga menjadi penyekat zuriat umat Islam dan tidak mempedulikan fitrah nafsu manusia. Hasilnya? Fikirkan sendiri...
TADIKA > SEKOLAH RENDAH > SEKOLAH MENENGAH > DIPLOMA/MATRIKULASI > IJAZAH SARJANA MUDA >IJAZAH SARJANA > IJAZAH DOKTOR FALSAFAH>IJAZAH SARJANA TUA?? Sistem siapa yang kita guna??
Bila la nak boleh kahwin? Tunggu la sampai abeh belajaq. Belajaq sampai mati pon takkan abeh...
USIA BUKAN PENGHALANG UNTUK KAHWIN
PETALING JAYA: Siti Maryam Mahmod, pengantin muda berusia 14 tahun yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini melihat usia bukan penghalang baginya untuk berkahwin.
Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Maya berkata, perkahwinan itu adalah hak individu dan bagi dirinya sendiri sudah bersedia untuk berhadapan dengan komitmen sebagai seorang isteri. “Saya sudah pun memikirkan tentang tanggungjawab dan kesannya apabila berkahwin pada usia semuda ini.
“Tetapi pada masa yang sama ibu telah membimbing saya tentang apa itu perkahwinan dan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri,” katanya kepada Mingguan mStar.
Maya berkata, apa yang lebih memudahkan keadaan ialah dia dan suami serta keluarga berfikiran terbuka berhubung isu perkahwinan ini walaupun ia telah menjadi perbualan hangat sehingga mencetuskan kontroversi.
Kata Maya, adalah menjadi hak umum untuk menilai keputusan itu dan menambah, siapalah dia mahu menutup mulut orang untuk berkata-kata tentang dirinya tetapi apa yang penting ialah dia bukan membuat satu dosa.
“Setiap tohmahan, pandangan negatif atau salah faham mengenai perkahwinan saya adalah merupakan pendapat masing-masing. Saya terimanya dengan hati yang terbuka.
“Dalam perkahwinan tiada paksaan dan tiada isu saya dipaksa untuk menjadi dewasa. Dia (suami) melamar saya dan perkahwinan kami direstui oleh kedua-dua keluarga...itu yang penting,” katanya yang menolak dakwaan yang mengatakan hak gadis bawah umur untuk membesar, belajar dan mengembang potensi diri telah dinafikan apabila ‘dipaksa menjadi dewasa’ menerusi perkahwinan.
Mengenai kemungkinan akan mengandung hasil daripada perkahwinan itu dan persediaannya bergelar ibu pada usia muda, Maya berkata, dia dan suaminya sudah bersepakat untuk tidak mendapatkan anak pada masa ini.
Jelasnya, suaminya mahu dia menumpukan pada pelajaran terlebih dahulu dan hanya memikirkan soal anak apabila tamat pengajian kelak.
Maya berkata, dia berharap agar masyarakat berfikiran terbuka terhadap perkahwinannya yang mendapat kebenaran daripada mahkamah dan juga kedua-dua belah keluarga.
“Umur bukan ukurannya kerana yang penting adalah pendidikan dan persediaan untuk menjadi isteri secara mental dan fizikal. Hormatilah keputusan ini (berkahwin)...tetapi sekiranya apa yang saya lakukan ini telah menyinggung mana-mana pihak, maka saya bersedia memohon maaf,” ujarnya.
Sementara itu, suami Maya, Abdul Manan Othman, 23, pula berkata, perkahwinan itu bukan satu paksaan dan keputusan untuk berkahwin itu atas dasar suka sama suka.
Dia mengenali Maya sejak awal tahun dan berhubung rapat dengan keluarganya maka tidak salah sekiranya perkenalan itu diteruskan menerusi perkahwinan.
Abdul Manan yang merupakan seorang guru dan Maya pula masih belajar di sebuah sekolah menengah agama dekat sini menyifatkan keputusan mereka tidak memberi sebarang kesan kepada statusnya sebagai pendidik.
“Tidak semestinya sebagai guru yang tugasnya mendidik, tidak boleh berkahwin dengan pelajar. Perkahwinan ini bertujuan mengelakkan sebarang pandangan serong atau negatif masyarakat mengenai pertalian saya dengan pihak keluarga perempuan,” katanya.
Abdul Manan yang tidak menafikan usia muda mereka menuntut pengorbanan yang besar dalam semua aspek sanggup untuk belajar tentang pengalaman berrumahtangga dengan bantuan keluarga.
“Pada masa ini, apa yang boleh dilakukan bersama-sama, itu yang akan kami amalkan. Tidak kira siapa suami, siapa isteri kami akan melaluinya bersama,” katanya lagi.
Abdul Manan menambah, perkahwinan mereka itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana masih ramai pasangan muda turut berkahwin dan yang paling penting ia sah di sisi agama.
“Tidak baik sekiranya dipertikaikan kerana apa yang kami buat bukan satu perkara yang haram atau dosa. Saya dan dia (isteri) pergi ke mahkamah bagi mendapat kebenaran untuk berkahwin.
“Kenapa perkara yang baik, orang menjadikannya sebagai isu sedangkan banyak perkara lain yang tidak sepatutnya berlaku tidak mendapat perhatian masyarakat.
“Ia satu perkara yang halal. Jika saya berkahwin dengan Maya yang berusia 14 tahun sedangkan ada yang sebaya dengannya mengandung anak di luar nikah itu lebih penting untuk mendapat perhatian masyarakat daripada isu diri saya dan juga Maya,” katanya.
Kedua-dua pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 22 Oktober lalu tetapi menjadi perhatian media selepas menyertai Majlis Meraikan Pengantin 1Malaysia anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), minggu lalu. Majlis itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Isu perkahwinan pasangan muda itu telah menyebabkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa beliau dan kerajaan tidak bersetuju dengan perkahwinan remaja pada usia yang muda.
Shahrizat berpendapat, remaja yang berusia muda memerlukan lebih perlindungan dan keselamatan.
“Perkahwinan merupakan satu perkara yang serius. Dikhuatiri perkara seumpama ini akan menjadi satu budaya. Risiko dan impaknya juga amat serius kepada mereka yang berkahwin pada usia muda,” kata Shahrizat yang menyifatkan institusi keluarga bukan sesuatu yang harus dipandang remeh.
"SAYA YANG IZINKAN MEREKA BERKAHWIN"
PETALING JAYA: “Saya yang izinkan mereka berkahwin...” - itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulut Siti Hawa Kassim, ibu kepada pengantin perempuan yang mencetuskan kontroversi kerana berkahwin pada usia 14 tahun minggu lalu.
Siti Hawa, 40, menjelaskan, dia dan suaminya memberi keizinan kepada Siti Maryam Mahmod yang lebih mesra dengan panggilan Maya itu untuk berkahwin kerana yakin, pendidikan agama yang telah diberikan dapat membimbing anaknya itu menjadi seorang isteri yang matang untuk menempuhi alam rumahtangga yang serba mencabar.
Keputusan itu juga dibuat setelah suami kepada anaknya itu berjanji dan bersetuju untuk memastikan Siti Maryam menamatkan pengajian menengahnya di sebuah sekolah menengah agama dekat sini.
“Anak saya sudah akil baligh dan diberikan pendidikan agama. Saya percaya suaminya juga boleh membimbingnya ke arah yang lebih baik. Malah keputusan ini juga mengambil kira janji suaminya untuk memastikan dia belajar sehingga tamat pengajiannya,” kata ibu yang bertugas di sebuah syarikat multinasional di ibu kota ini dalam temuramah eksklusif dengan Mingguan mStar semalam.
Siti Hawa yang tidak mahu gambarnya disiarkan demi untuk menjaga privasinya menambah, suami Maya (Abdul Manan Othman) adalah seorang guru dan seorang lelaki yang baik dan yakin Manan boleh melakukannya (membimbing Siti Maryam) memandangkan dia juga diberikan pendidikan agama yang tinggi.
Siti Hawa berkata, sebelum memberi keizinan Abdul Manan dan Siti Maryam atau lebih dikenali sebagai Maya untuk berkahwin, dia sudah membuat solat istikarah bagi memohon petunjuk daripada Tuhan.
Detik perkenalan pasangan suami isteri muda itu bermula apabila Abdul Manan yang merupakan guru agama mengajar dua orang adik Maya.
Hubungan baik dan sikap ramah Abdul Manan telah mendorong Siti Hawa untuk mengambil dia sebagai anak angkat dan menjadi sebahagian daripada keluarga itu.
Isu perkahwinan Maya pada usia muda telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan banyak pihak termasuk mendapat reaksi daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sharizat Jalil yang menyatakan keputusan mahkamah untuk membenarkan Maya berkahwin bukanlah merupakan satu polisi yang direstui oleh Kerajaan Pusat.
Pelbagai pertubuhan wanita dan hak asasi wanita turut tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
Bagaimanapun dalam menjawab semua persoalan itu, Siti Hawa tidak dinafikan pada peringkat awalnya dia berasa terkilan apabila segelintir pihak tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah.
Menurutnya, sebagai rakyat 1Malaysia, masyarakat sepatutnya menghormati antara satu sama lain, tidak kira bangsa atau agama.
“Bagaimanapun akhirnya saya sedar itu adalah hak individu untuk bersuara. Lain orang lain pendapatnya. Apa yang penting adalah tindakan saya mengizinkan Maya berkahwin pada usia muda itu tidak bercanggah daripada hukum syarak dan agama.
Namun sebagai seorang ibu, Siti Hawa yang enggan gambarnya disiarkan berharap agar masyarakat berfikiran terbuka dan rasional mengenai perkara tersebut.
“Masing-masing mempunyai pandangan tetapi janganlah menafikan hak kami sekeluarga dan keputusan Maya dan Manan untuk berkahwin dibuat selepas mendapat restu daripada pihak kami serta kebenaran daripada mahkamah.
Dalam pada itu, Siti Hawa juga menegaskan, dia sentiasa memantau anaknya dan Abdul Manan Othman dari segala aspek meskipun kedua-duanya sudah menjadi suami isteri yang sah.
“Sebagai ibu, saya tidak akan membiarkan anak-anak saya sendirian menghadapi risiko berkahwin pada usia muda ini.
“Sebelum mereka berkahwin lagi sudah diperjelaskan tentang apa itu perkahwinan. Setiap kejadian itu ditentukan oleh Allah, ada hikmah di sebalik sebarang kejadian,” katanya.
Siti Hawa juga berpendapat perkahwinan anaknya pada usia 14 tahun bukanlah satu isu yang besar kerana baginya kematangan bukan lah terletak pada umur seseorang tetapi sebaliknya terletak pada pendekatan dan pendidikan yang diterimanya.
“Konsep perkahwinan awal ini sebenarnya boleh membendung perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Kita semua sedia maklum tentang permasalahan masyarakat yang berlaku di negara ini sedangkan perkahwinan anak saya adalah satu perkahwinan yang sah,” ujarnya lagi.
Menurut Siti Hawa, perkahwinan itu juga tidaklah bermakna perhubungan di antara ibu dan anak terputus kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap diri dan keluarga masing-masing.
“Walaupun Maya sudah bergelar isteri orang, namun saya masih bertanggungjawab memberikan nasihat dan memastikan anak saya itu meneruskan pembelajarannya di sekolah sehingga tamat,” katanya.
“Saya berharap masyarakat berdoa semoga perkahwinan mereka diberkati dan saya berterima kasih kepada mereka yang telah membantu dan memberikan sokongan kepada kami sekeluarga,” katanya.
"Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu untuk berkahwin, maka berkahwinlah. Sesungguhnya ia lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu baginya sebagai benteng."
(Riwayat Muslim)
Ada orang yang sengaja memperbesarkan perkara yang kecil, lalu orang berasa sulit untuk melakukannya.
Kematangan bukanlah pada umur, tetapi pada pegangan agamanya.
Sistem yang Islam ajarkan adalah terlalu sempurna, apabila berlaku penambahan, pengurangan atau pertukaran pada sistem itu, maka rosaklah dunia...
"Telah muncul kerosakan di darat dan di laut dengan sebab tangan-tangan manusia sendiri, tujuannya adalah supaya mereka merasakan akibat daripada apa yang telah mereka lakukan, moga dengan itu mereka kembali (kepada hukum/sistem Allah)."
(Ar-Rum : 41)
.






8 comments:
Assalamualaikum wbt
Dari segi UsulAlFikh, kebykn mazhab telah mengambil pegangan Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِۗ "Sekirannya mrk (psgn lelaki dan pmpn) ingin berkahwin , jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah." W/pun ayat ini mengenai rujuk dan talaq tetapi itulah dalil utama dlm masalah perkahwinan. Jadi tak hairanlah dlm sejarah para sahabat, Saidina Ali kwjha pernah kawin dgn janda Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Omar r.a pernah kawin dgn anak Saidina Ali kwjha, Imam Syafie dan Imam Nawawi tidak pernah berkahwin krn mrk tahu perkahwinan adalah `dzon` iaitu berat-sangka (harus) dlm Islam. Apa yg ptg, kedua2nya dpt menegakkan hukum Allah. Tetapi dlm maslah umat skrg, Tauhid Uluhiyyah, Rububiyah dan Sifatullah pun tak tau dan iak dpt nak bezakan. Itu belum lagi tuntutan mengenai kefahman AlQuran dan Hadis utk menegakkan semula syiar Islam! Malah ada yg tak tahu bahawa tuntutan mendirikan hukum2 Allah tiada mengena dlm penghidupan kita! Subhanallah...
Tidak direstui kerajaan pusat?
Wah!
tak sepatutnya dijadikan isu dan diprotes. tak boleh pakai la shahrizat ni.
>tajnur
Waalaikumussalam wbt. Na'am, hidup ini semuanya kerana Allah, segalanya dibuat kerana Allah, kahwin juga kerana Allah. Jika dengan berkahwin kita makin jauh daripada Allah, maka bersendirian lebih baik. Jika dengan berkahwin kita makin dekat dengan Allah, maka berkahwin lebih baik. Nak kahwin atau tidak? Redha Allah kayu ukurnya...
>Dai
tah la.. sjak bila pulak ada restu kerajaan ni, kot2 depa ada dengaq hadis redha Allah terletak pada redha kerajaan kot..
>Seimura
ya, nak protes atau nak stuju mesti dengan dalil, bukan akal buta atau nafsu membara...
.
Hmm. Kenapalah mesti ada restu dari kerajaan pusat. Yang utama adalah restu daripada ibu bapa. Pelik betullah pemahaman diorang sekarang ni. Sedih bila tgk pemikiran orang bijak pandai sekarang.
biasalah tu.. akhir zaman.. bijak tipu, pandai kelentong.. hhe..
abang nasir! ada calon da ka kat mesir nu?? hehe:)
akhirnya semua kembali kepada pertimbangan maslahah dan mafsadah..huhu..
Post a Comment