Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, pernahkah anda mendengar perkataan "perubatan alternatif'? Saya pasti ramai yang pernah mendengarnya, khususnya mereka yang sudah berputus asa dengan perubatan moden, iaitu ketika mana pihak hospital tidak dapat melakukan apa-apa lagi kepada pesakit.
Ada yang menggunakan perawatan yang dianggapnya "perubatan alternatif" seperti akupuntur, kiropraktik, refleksologi, herba dan lain-lain. Ada juga yang menggunakan perawatan yang dianggapnya sebagai "perubatan Islam" seperti bomoh-bomoh, jampi-jampi, jin-jin, sihir, saka dan kerasukan. Namun, benarkah semua itu? Adakah perawatan moden itu adalah yang terbaik? Benarkah perubatan Islam adalah seperti yang disangkakan oleh kebanyakan umat Islam sekarang?
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebelum kita melangkah lebih jauh, mari kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan "perawatan alternatif" terlebih dahulu. Secara mudahnya, perawatan alternatif dapatlah didefinisikan sebagai sistem atau kaedah perawatan yang bukan menjadi pilihan pertama yang digunakan setelah suatu sistem lain yang diiktiraf sebagai sistem perawatan yang utama.
Dalam konteks masyarakat terkini, perubatan moden atau barat tidaklah disebut sebagai perawatan alternatif, sebaliknya yang dikatakan sebagai perawatan alternatif ialah perawatan yang tradisional seperti yang telah saya sebutkan, dan ini termasuklah perawatan yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad seperti bekam, madu, Al-Quran, doa dan habbatus sauda'. Jadi jelaslah bahawa sistem atau kaedah perawatan yang menjadi sistem utama dalam masyarakat kini secara umumnya ialah sistem barat dan yahudi, bukan sistem yang Nabi ajarkan yang dikenali sebagai "Tibbun Nabawi".
Para pembaca sekalian,
Bagaimana hal ini boleh berlaku? Tidakkah kita merasakan bahawa perkara ini merupakan suatu penghinaan terhadap Nabi kita nabi Muhammad S.A.W? Pada pemerhatian saya, saya berpendapat perkara ini berlaku disebabkan oleh kerana ada pihak yang merasakan bahawa urusan perawatan adalah urusan dunia yang tiada ketetapan khusus daripada agama. Oleh itu, kita bebas untuk memilih mana-mana sistem perawatan untuk digunakan sepertimana kita bebas untuk tinggal di mana-mana sahaja atau sepertimana kita bebas untuk memilih mana-mana kenderaan untuk menuju ke sesuatu destinasi.
Namun, perlu kita ketahui juga bahawasanya bidang perubatan merupakan satu bidang yang unik dalam Islam. Walaupun kita merasakannya sebagai urusan dunia, tetapi adakah kita buta dengan pelbagai hadis Nabi yang menceritakan tentang perawatan? Seolah-olah perawatan sudah menjadi sebahagian daripada Islam, atau seolah-olah Nabi adalah seorang doktor dan perawat. Bukan sedikit hadis berkaitan perawatan, tetapi terlalu banyak untuk dihitung, sehinggakan hadis-hadis tersebut dapat dikumpulkan oleh ulama-ulama terdahulu dan dibukukan dalam berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus buah kitab.
Wahai umat Nabi Muhammad sekalian,
Benarkah kita ini umat Muhammad? Benarkah kita berkelakuan sepertimana yang diajarkan Nabi? Ataupun kita hanya pandai mengaku tanpa mengamalkan ajaran Nabi? Bagi saya, apabila kita mengatakan bahawa sunnah perawatan Nabi sebagai perawatan alternatif, manakala perawatan moden sebagai perawatan utama, maka ia adalah suatu penghinaan terhadap Nabi sekaligus menghina Islam dan Allah sendiri kerana tidak akan keluar sesuatu daripada mulut Nabi melainkan semuanya adalah wahyu daripada Allah.
Mungkin ada yang berasa susah untuk mempercayai apa yang Nabi sebutkan kerana tiada bukti saintifik, atau mungkin ia berasa ketinggalan zaman dengan mengamalkan sunnah perawatan Nabi. Tapi, ketahuilah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sesungguhnya apa yang Nabi ajarkan adalah benar kerana ia datang daripada Allah, Dialah tuhan yang menurunkan penyakit dan Dia jugalah yang menurunkan penawarnya yang telah diajarkan pada Rasul-Nya.
"Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diturunkan juga bagi penyakit itu penawarnya."
(Riwayat Bukhari)
Sebenarnya terdapat banyak bukti tentang penyelewengan perubatan moden atau barat. Ada konsep-konsep yang tidak relevan dan patut ditolak seperti pemvaksinan. Selain itu, banyak lagi kelemahan lain yang membuatkan perawatan moden tidak sesuai untuk diamalkan, bahkan adakalanya ia tidak menjadi ubat, sebaliknya racun perosak yang memudaratkan diri. Secara peribadi saya hanya menerima konsep pembedahan dalam perawatan moden, tetapi tidak termasuk ubat yang digunakan sebagai bius.
Antara yang menarik untuk kita perhatikan ialah madu. Perawatan moden menyatakan bahawa glukosa tidak sesuai diambil oleh pesakit kencing manis. Tetapi, madu lebah bukan setakat boleh diambil oleh pesakit kencing manis, bahkan menjadi ubat dan penawar bagi penyakit ini, sedangkan kandungan glukosanya sangat tinggi. Jadi, apakah punca sebenar penyakit ini? Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku? Tentu ada penjelasan yang mungkin belum ditemui oleh perubatan moden.
"Gunakanlah dua penyembuh, madu dan Al-Quran."
(Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim)
Kesembuhan itu pada tiga perkara. Meminum madu, berbekam dan kayy (besi panas). Dan aku tidak membenarkan umatku menggunakan kayy."
(Riwayat Bukhari)
"Sebaik-baik perawatan bagi kamu adalah dengan berbekam."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Antara kelebihan madu ialah, seekor lebah yang benar-benar lebah tidak akan menghasilkan madu melainkan setelah ia hinggap sekurang-kurangnya pada 144 jenis tumbuhan (herba). Inilah keunikan Tibbun Nabawi, terlalu banyak rahsia yang ada padanya. InsyaAllah saya akan cuba jelaskan beberapa prinsip perubatan secara Islam berdasarkan sunnah Nabi, dan saya juga akan cuba membongkarkan penyelewengan perubatan barat atau yahudi. Sekarang telah tiba masanya untuk kita kembali kepada ajaran Islam, kembali kepada sunnah Nabi, kembali kepada fitrah alam ini...
"Dan apabila aku sakit, maka Dia-lah yang menyembuhkanku..."
( Asy-Syu'ara' : 80 )
.





10 comments:
F.Y.I madu actually tinggi dgn fructose..bukan glucose.sekadar membetulkan..
aiwah. madu 'sangat tinggi' kadar glukosanya secara relatif jika dibandingkan dengan kebanyakan makanan lain. fruktosa 'paling tinggi' kadarnya secara relatif jika dibandingkan dengan bahan-bahan lain dalam madu. beza kadar antara glukosa dan fruktosa dalam madu hanyalah sekitar 7g, glukosa 31g/100g, fruktosa 38g/100g.
The Composition
of Honey
NUTRIENT: Average amount
in 100g of honey Range
Water 17.1 g (12.2-22.9 g)
Carbohydrates (total) 82.4 g
....Fructose 38.5 g (25.2-44.4 g)
....Glucose 31.0 g (24.6-36.9 g)
....Maltose 7.20 g (1.70-11.8 g)
....Sucrose 1.50 g (0 50-2.90 g)
Proteins, amino acids,
vitamins and minerals 0.50 g
Energy 304 Kcal
Vitamins Amount in
100g of honey U.S. RDI
....Thiamin < 0.006 mg 1.5 mg
....Riboflavin < 0.06 mg 1.7 mg
....Niacin < 0.36 mg 20.0 mg
....Pantothenic acid < 0.11 mg 10.0 mg
....Pyridoxine (B6) < 0.32 mg 2.0 mg
....Ascorbic Acid (C) 2.2 -2.4 mg 60.0 mg
Minerals
....Calcium 4.4-9.20 mg 1000.0 mg or 1 g
....Copper 0.003-0.10 mg 2.0 mg
....Iron 0.06-1.5 mg 18.0 mg
....Magnesium 1.2-3.50 mg 400.0 mg
....Manganese 0.02-0.4 mg
....Phoshorus 1.9-6.30 mg 1000.0 mg or 1 g
....Potassium 13.2-16.8 mg
....Sodium 0.0-7.60 mg
....Zinc 0.03-0.4 mg 15.0 mg
http://www.honey-well.com/composit.html
thanks my friend... =)
.
alhamdulillah,
dapat 'top up' ilmu..
info yg menarik,,
syukran abg..
alhamdulillah, sama-sama la kita pakat kongsi ilmu noh.. afwan.. =)
assalamualaikum..sekadar bertanya, adakah anda pelajar perubatan? jika ya, saya rasa anda patut tahu patofisiologi diabetis dan anda seharusnya tahu diabetis terbagi kepada beberapa jenis.
mungkin artikel ini dapat membantu
http://thibbunnabawi.wordpress.com/2010/01/22/madu-dan-penyakit-kencing-manis-diabetes/
selain itu, perlu diketahui juga bagaimana cara kerja setiap komponen dan efeknya terhadap tubuh. HDL dan LDL keduanya adalah lipoprotein tapi efeknya pada tubuh tidak sama. Begitu juga lemak, ada lemak jenuh, tidak jenuh. Macam2 lagi.
selain itu, saya tertanya-tanya kenapa anda menolak bius?sedangkan ia dimulai oleh ahli perubatan Islam.
selain itu kenapa menurut anda vaksinasi tidak relevan? (sedangkan ada penyakit yang kini dikategorikan pupus kerana adanya waksinasi berkesan/menyeluruh). Vaksinasi juga penting untuk mencegah pelbagai penyakit lain seperti tetanus, DPT, dll
saya setuju ada pengubatan tertentu yang boleh menjadi racun seperti pengubatan untuk darah tinggi boleh menjadi punca timbul penyakit lain. namun perlu ingat, setiap dosage dan jenis ubat yang diberi perlu disesuaikan dengan pelbagai faktor seperti ketepatan diagnosis, allergy, usia pesakit, toleransi ubat dll. Adalah menjadi kemestian doktor untuk memberi ubat dengan dosage yang tepat, pada penyakit yang tepat dan segala-galanya tepat. Namun tak dapat dihindari, side effects pasti ada (jangan disangka kencing berdarah pula jika warna urin merah setelah makan rifampisin -ubat TBC-). Namun doktor juga punya kekangan untuk memberi ubat sebegitu tepat seperti rahsia pesakit yang tidak diberitahu kepada doktor, ketidakmampuan doktor untuk memberi ubat berdasarkan prinsip farmakologi (lupa, tiada ubat sesuai dll).
Jika anda menerima kaedah pembedahan, perlu ingat, pembedahan tanpa bius adalah gila!! Bedah jantung tanpa bius? tahanlah sendiri~
Maaf jika saya salah faham, saya nampak artikel saudara seolah kurang setuju dengan pengubatan moden sedangkan perubatan adalah bidang yang perlukan kajian dan Islam menekankan prinsip mengkaji. Jika tidak setuju perubatan masa kini kerana lebih dikuasai barat, maka bukan perubatan yang disalahkan tapi kelemahan umat Islam dalam memperkasakan diri untuk menjadi leading community dalam bidang penyelidikan dan pemerkasaan bidang perubatan masa kini seperti semasa ahli perubatan Islam terdahulu (Ibn Sina dll)
p/s:saya tidaklah tahu sangat tapi setakat saya tahu, beginilah
WalLahu a'lam
my 2cents
wa'alaikumussalam. syukran atas maklumat dan komen saudara. ya, saya pelajar perubatan. saya rasa tak perlulah saya jawab komen saudara kerana kebanyakannya adalah salah faham. mungkin saudara boleh cuba baca semula, cuba fahami dan hayati maksud artikel ini. jika masih belum jelas, sila nyatakannya... wallahu'alam...
terima kasih atas teguran (lepas baca balik komen saya, rasa macam ayat saya agak ketelaluan pulak, huhu tp saya tiada maksud lain, sekadar sharing pandangan saya =)
huhu,afwan..apa yang saya faham, antaranya adalah saudara cuba mengetengahkan berkenaan perubatan Islam perlu dijelaskan semula skopnya supaya tiada salah faham, selain itu perlunya kita meletakkan perubatan Islam sebagai yang lebih utama berbanding so-called perubatan moden hari ini dan usaha untuk memberi gambaran agar tidak mensekularkan sains dan perubatan.
-betulkah apa yang saya faham ini?-
Berkenaan bius maaf, saya silap baca (ok, part ini saya setuju dengan saudara).
Saya 80% setuju dengan artikel saudara namun ada contoh2 yang saudara letakkan saya kurang setuju, mungkin kerana ia terlalu general, tidak seperti saya fikir dll, huhu.
Mungkin kita ada sedikit perbezaan pandangan atau perspektif, jadi maaf kalau kata2 saya ada yang buat saudara kecil hati dll =)
walLahu a'lam
p/s: suka buka website dr zaghloul mengenai sains (termasuk perubatan) dalam Islam (berdasarkan al-Qur'an dan hadis)
oh, in addition, saya tefikir maksud lain dari tulisan ini adalah utk kembalikan manusia kepada asalnya yaitu keyakinan bahawa kesembuhan daripada Allah dan sebaik2 penawar adalah apa yang datang dari kalam Allah dan lidah rasul-Nya, betul tak? huhu..
ok, saya setuju dengan mungkin 95% tulisan saudara..
terima kasih atas perkongsian..
kalau2 ada saya salah faham, mohon maaf dan harap saudara dapat perbetulkan salah faham saya~
oh,dan perlunya elakkan lakukan benda yang sebenarnya tidak perlu atau ada penyelesaian lebih baik (macam diabetes mellitus, cegah dengan cara bersenam, bersukan, jaga diet diutamakan berbanding bagi ubat) -ni ape yg saya faham dari contoh vaksin yang anda bagi-
alhamdulillah, di sini jelas pentingnya kesediaan berfikir apabila membaca sesuatu. artikel yang sama, hasil bacaannya berbeza. terima kasih kerana sudi lapangkan dada untuk membaca artikel ini buat kali kedua.
benarlah apa yang saudara faham dari artikel ini. apa yang paling saya ingin tekankan ialah prinsip aqidah islam yang perlu diperbetulkan oleh setiap perawat dan pesakit.
pasal ubat bius, bukanlah saya tidak bersetuju pesakit dibius terlebih dahulu, tetapi apa yang menjadi masalah ialah 'ubat' itu kerana yang terbaik adalah yang semula jadi, bukan sintetik.
untuk yang lain-lain, saya ingin tekankan bahawa perawatan tibbun nabawi adalah yang terbaik walaupun ia tak dibuktikan dengan akal kita yang jahil ini. ini bererti kita tidak menafikan sistem lain berkesan, tapi ada yang lebih baik dari sistem-sistem biasa.
"Orang-orang yang mendengar pelbagai perkataan, lalu mereka mengikuti apa yang terbaik. Mereka itulah orang yang mendapat petunjuk Allah dan mereka jugalah orang yang mempunyai kebijaksanaan."
( Az-Zumar : 18 )
Wallahu'alam, syukran...
Post a Comment