"ISLAMIC HEDONISM"





Kebanyakan orang mengetahui bahawa hedonisme adalah suatu falsafah pemikiran yang tersasar dari kebenaran. Para pemikir lampau mencari-cari apakah kebenaran hakiki. Pelbagai idea dan teori muncul untuk mendefinisikan kebenaran. Selain materialisme, hedonisme merupakan salah satu falsafah yang mempengaruhi kebanyakan manusia sama ada secara sedar atau tidak. Penganut hedonisme meyakini bahawa kebenaran ialah keseronokan dan hiburan. Bagi mereka, sesuatu itu dianggap benar dan haq apabila ia boleh mendatangkan keseronokan dan kegembiraan, khususnya keseronokan materialistik. Perkara-perkara yang tidak menyenangkan adalah batil dan salah menurut mereka.

Daripada falsafah ini, lahirlah manusia-manusia yang merasakan hidupnya sudah cukup apabila ia boleh bekerja dengan gembira, bersama anak dan isteri, serta berjalan-jalan makan angin di sana-sini. Itulah kepuasan hidup mereka. Bahkan fahaman ini menjadi lebih teruk apabila ia diadun dengan fahaman individualistik. Mereka inginkan keseronokan dalam hidup dan tidak kisah jika orang lain tidak bergembira, seolah-olah orang sebegini hidup seorang diri di dunia ini, apa pun yang berlaku di luar sana, lantaklah, asalkan mereka bahagia.

Kini, hedonisme, individualistik sudah pandai diadun dengan beberapa nilai Islam, maka lahirlah "islamic hedonism". Golongan sebegini suka berseronok dan bergembira dengan perkara-perkara yang kelihatan islamik. Mereka kelihatan seolah-olah bergembira dengan solat, puasa, zakat dan haji. Ditambah pula dengan program-program yang kononnya bersifat ukhuwwah. Dirasakan mantap tarbiahnya, kerana "zuhud" yang dimiliki, sehingga tiada masa untuk mengambil tahu hal urusan umat Islam.

Mereka merasakan ukhuwwahnya mantap, persaudaraan mereka hebat dan sebagainya, namun, di sebalik itu semua mereka tidak peduli dengan nasib umat Islam yang lain. Tetapi mereka pandai bermuslihat, dicaknanya urusan umat Islam di Palestin dan umat-umat Islam yang jauh dari tempatnya, mereka juga lantang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap musuh-musuh Islam yang merampas tanah umat Islam serta hak-hak umat Islam yang lain. Tapi, itu semua hanya muslihat. Apabila timbul isu hak umat Islam yang sangat dekat dengan mereka, terus manjadi pengecut dan penakut tahap melampau. Serba salah untuk membuat keputusan. Jika dipertahankan hak umat Islam yang dekat, tentulah periuk nasinya terjejas, jika tidak dipertahankan, tentulah sikap mereka terbongkar. Mereka terus dengan dilema yang panjang dan bersikap "double standard".

Mereka lebih suka bergembira dengan sebahagian daripada ajaran Islam. Apa yang tidak menjejaskan periuk nasi mereka, mereka ambil dan amalkan. Mereka suka berehlah, berjalan-jalan, mandi-manda, menyanyi, ber"LDK", puasa sunat, qiamullail dan beberapa lagi amalan yang dirasakan menjamin periuk nasi dan tidak dikaitkan dengan penentang kerajaan. Alangkah bahagianya mereka itu... Namun, dunia bukan tempatnya. Dunia tempat menanam benih perjuangan, hasilnya dituai di syurga sana.

Ukhuwwah yang dirasakan mantap hanyalah untuk sesama mereka sahaja. Sesama mereka sangatlah mesra sampai mencium pipi, kagum jika dilihat. Tetapi, bukan sebarangan orang yang dapat merasai "nikmat ukhuwwah" mereka. Amat sukar mendapat ciuman mesra sebegitu, kerana dengan orang yang tidak bersama mereka, amatlah sukar untuk bertegur sapa, memberi salam pun sukar, meskipun sesama muslim.

Sudahlah, cukuplah kamu dengan "syok sendiri" yang kamu perjuangkan. Bersamalah kita berganding bahu mempertahankan Islam yang sebenarnya, bukan ambil yang menjaga periuk nasi sahaja. Jika tidak, "perjuangan" kamu hanyalah main-main, hanya seronok-seronok atas nama agama, hanya "islamic hedonism"... 

Janganlah asyik dengan jalan tengah kamu, maralah ke arah kebenaran yang haq. Apakah kamu menyangka Islam akan bangun dengan golongan yang "syok sendiri"? Sudahlah kamu...


JALAN TENGAH MERUPAKAN JALAN YANG SENTIASA MUDAH DAN TIADA KRITIKAN. NAMUN MALANGNYA, ANTARA HAQ DAN BATIL, TIDAK PERNAH ADA JALAN TENGAH, DALAM PERJUANGAN TIDAK PERNAH ADA YANG MUDAH, DALAM PERJUANGAN TIDAK PERNAH SUNYI DARIPADA KRITIKAN...


.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Minta pandangan saudara mengenai kontroversi yg berlaku di gereja damansara baru-baru ini. Apa pendirian saudara berkenaan perkara berkenaan..?

DEVOTEE said...

wa'alaikumussalam. terima kasih atas pertanyaan. sebenarnya saya masih dalam pemerhatian berkaitan isu ini. bagi saya, saya belum mendapat maklumat yang cukup untuk membuat sebarang pendapat atau kesimpulan. lagipun masih byk kemungkinan yang ada, dan ini tidak mustahil merupakan suatu konspirasi untuk menguji pendirian PAS berkaitan isu aqidah. jadi, eloklah saya berhati-hati, bimbang terjerat dgn isu ini.

walaubagaimanapun, secara asasnya, keutamaan untuk mempertahankan isu aqidah adalah lebih penting berbanding kepentingan-kepentingan lain. ini bersesuaian dengan maqasid syar'iyyah yang meletakkan agama atau aqidah sebagai keutamaan yang paling atas berbanding nyawa, akal, keturunan dan harta.

jika berkesempatan untuk menulis, insyaAllah saya akan tulis. terima kasih sekali lagi, saya mohon maaf jika jawapan ini tidak memenuhi kehendak anda. wallahu'alam....

Anonymous said...

alhamdulillah..

Anonymous said...

adekah jemaah tabligh juga boleh disifatkan demikian? sbb kalau dilihat diorg ni mcm beriman dengan sebahgian dan menolak sebahgian yg lain. mohon pendapat

DEVOTEE said...

saya tidak pasti sama ada jemaah tabligh adalah sebegini atau tidak. mungkin perlu rujuk kepada ahlinya apakah pendirian mereka dalam hal ini. walaubagaimanapun, tidak semestinya orang yang zahirnya diam, adalah mereka yang tidak mengambil tahu urusan umat Islam. kerana mungkin ada perkara lain yang mereka pertimbangkan. apa yang penting ialah iktiqad atau pendirian dalaman orang itu mestilah sentiasa mengharapkan kebaikan dan membenci kezaliman terhadap orang islam, meskipun mereka terpaksa diam secara zahir kerana halangan tertentu. wallahu'alam.

Buy Extenze said...

I like your post and everything you share with us is current and very informative.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...